Bengkel Kecemerlangan Bahasa Melayu SPM 2025 telah berjaya diadakan di Teater Kuliah sekolah pada 12 Julai 2025 (Sabtu) dari 12.45 petang hingga 4.30 petang. Sasaran bengkel ini adalah untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Sebanyak 175 orang calon SPM dan 16 orang guru Bahasa Melayu telah menyertai bengkel ini.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar menguasai teknik menjawab soalan dengan betul dan berkesan serta pemantapan cara menjawab kertas bertulis SPM.

Suntikan semangat daripada penceramah Cikgu Juilis Mokujal, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan Guru Hebat Bahasa, JPN Sabah amat membantu para pelajar mendapatkan input menguasai teknik menjawab soalan agar mereka lebih bersedia dan terarah kepada peperiksaan SPM yang bakal menyusul.

SPM 马来文作答技巧讲座在昨日下午圆满结束!感谢 Cikgu Juilis Mokujal (马来文优秀教师)给予师生们的宝贵分享📚 预祝同学们 SPM 考试顺利💪

Scroll to Top