Pemantapan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Kota Kinabalu Sabah Sektor Pembelajaran Unit SISC+ dan Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah KotanKinabalu (PPDKK) telah mengadakan program seperti di atas pada 14 Jun 2025 (Sabtu) dari 8:00 pagi hingga 4:00 petang di Teater Kuliah SM Tshung Tsin Sabah.
Bengkel ini bertujuan untuk mengasah kemahiran guru-guru subjek Bahasa Melayu yang mengajar kelas menengah atas tentang penandaan Kertas 1 dan Kertas 2 BM SPM. Dengan ini, para pelajar dapat dibimbing untuk menguasai teknik menjawab kertas bertulis Bahasa Melayu SPM. Bengkel ini telah disertai oleh tujuh orang guru dari Jabatan Bahasa Melayu sekolah ini.
Sekalung penghargaan kepada pihak penganjur, PPDKK, terutamanya Puan Angela Tundim, atas undangan untuk menghadiri bengkel yang amat bermanfaat ini. Begitu juga, apresiasi kami panjangkan juga kepada penceramah bengkel Puan Sitti Majua (Kertas 1) dan Puan Arelya Samidah (Kertas 2).
为了提升马来文科任教师的专业素养,亚庇教育厅 Sektor Pembelajaran Unit SISC+ dan Bahasa 于2025年6月14日(星期六)上午8时至下午4时,在沙巴崇正中学讲堂举办了《马来文教学协同工作坊》。
此工作坊主要针对高中马来文教师,聚焦于SPM马来文第一与第二试卷的阅卷技巧,以进一步指导学生掌握答题策略。本校马来文科组共七位老师参与了此次培训,获益良多,感谢亚庇教育厅!