Dengan sukacitanya sebanyak 14 orang guru Bahasa Melayu dan 4 orang guru Sejarah Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah berpeluang menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-69 Dewan Bahasa dan Pustaka Peringkat Kebangsaan 2025 yang bertemakan “Obor Semangat nan Abadi”. Kemuncak sambutan tersebut berlangsung pada 26 Jun 2025 pukul 2.30 petang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Sambutan ini menjadi medan untuk meneguhkan komitmen keramat DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan.
Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-69 DBP disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa bin Haji Aman diiringi oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek.