Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Negeri dan Sesi Pratonton Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Kebangsaan 2022 telah dilaksanakan pada 23 September 2022 dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri Sabah Encik Rusdi Awang, Pegawai DBP Cawangan Sabah Puan Ezura As’ad Azam dan Encik Ahmad Fazly Sahar.

Panel hakim Encik Muziat Yusof dan Encik Mohd. Farik Madun telah memberikan ulasan dan kata-kata perangsang kepada pasukan forum sekolah sebelum mewakili negeri Sabah ke Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Kebangsaan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2022.

Marilah kita bersama-sama menitipkan doa kepada pasukan forum sekolah supaya dapat menjulang nama negeri Sabah pada peringkat kebangsaan.

 

Scroll to Top