沙巴崇正中学学生林升杰(高二忠)、李贞俏(高一孝)、刘文忠(高一仁)、林益巍(高二忠)及林雪儿(高一和)在陈怡华师、王慈玲师、Cikgu Marlina、Cikgu Genevieve、Cikgu Nurlina及 Cikgu Dewiana 的指导下于7月23日由沙巴州语文出版局主办的全州国语论坛线上比赛中脱颖而出,成功晋级全国赛。此外,林升杰同学更荣获最佳主席奖(Pengerusi Terbaik),可谓双喜临门。

本校衷心感谢老师们的悉心栽培,韵·光·摄顾问老师及同学们提供技术援助以及各处的全面配合。恭喜同学们,愿在九月于吉隆坡举行的全国赛中再创佳绩,为沙巴、为学校争光!

Jika mahukan sagu maka ruyung harus dipecah. Demikianlah usaha  Pasukan Forum Pelajar Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah 2022 sehingga dinobatkan sebagai Johan Zon E (Peringkat Negeri Sabah) dalam pertandingan secara hibrid dengan memforumkan mauduk “𝐏𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚”. Ahli-ahli pasukan akan mewakili Negeri di Bawah Bayu di Peringkat Kebangsaan pada 13 September 2022 di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Ahli-ahli pasukan yang terdiri daripada 𝐋𝐢𝐦 𝐒𝐡𝐞𝐧 𝐉𝐢𝐞 (S2 Zhong) selaku pengerusi yang berjaya merangkul anugerah  Pengerusi Terbaik, Panel Pertama 𝐊𝐢𝐞𝐫𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐯𝐢𝐧 𝐋𝐞𝐞 (S1 Xiao), 𝐀𝐝𝐫𝐲𝐥 𝐋𝐚𝐮 𝐖𝐞𝐧 𝐂𝐡𝐮𝐧𝐠 (S1 Ren) selaku Panel Kedua, Panel Ketiga 𝐀𝐯𝐯𝐲 𝐋𝐢𝐦 𝐘𝐢 𝐖𝐞𝐢 (S2 Zhong) dan 𝐂𝐫𝐲𝐬𝐭𝐚𝐥 𝐋𝐢𝐦 𝐗𝐮𝐞 𝐄𝐫 (S1 He) selaku Panel Simpanan. Pasukan ini sentiasa bersiap siaga menjalani latihan di bawah bimbingan Cikgu Chin Yee Fah, Cikgu Wong Tze Ling, Cikgu Marlina, Cikgu Genevieve, Cikgu Nurlina dan Cikgu Dewiana.

Sekalung budi, seuntai kasih ditujukan kepada Pengetua Dr Chung Chin Hing yang telah banyak memberikan sokongan dan dorongan dan Cikgu Jacqueline Lim selaku guru penasihat CEP yang telah berusaha dalam menyediakan sokongan teknikal yang terbaik serta semua jabatan lain yang telah memberikan sokongan secara langsung dan tidak langsung atas kejayaan ini.  Semoga pasukan forum SMTTS akan mengukir kejayaan dalam arena forum peringkat kebangsaan.

 

 

Scroll to Top