老师想说 #22《Suatu hari nanti saya akan ___. Anda tentukan sendiri》

老师想说 # 22
信件主旨:《Suatu hari nanti saya akan ___. Anda tentukan sendiri》
寄件人: Cikgu Suzanah Masalin

Jika kita melihat masa lalu, kehidupan kita telah melalui banyak perkataan “hari pertama.&quot”

Hari pertama saya ke Tadika.

Hari pertama saya ke sekolah rendah.

Hari pertama saya memakai baju seragam Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah
dan sebagainya..

Kemungkinan kita boleh menyenaraikan “hari pertama” dalam kehidupan kita dan semuanya peristiwa yang berbeza dan situasi yang berbeza. Sebagai contoh, jika anda seorang pelajar Junior 1, anda bertekad mahu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang atau jika anda ialah pelajar SPM anda ingin mencapai 11A dalam keputusan peperiksaan kelak. Mungkin juga anda seorang yang obesiti dan anda ingin turunkan berat
badan dan sebagainya.

Kita perlu ingat bahawa perkataan ‘hari ini’ sangat penting dalam hidup kita jika kita tidak bertindak dengan segera. Tidak kira bagaimana anda melihatnya, kehidupan kita penuh dengan hari-hari pertama atau perkara-perkara baharu yang kita ingin lakukan dan akan berlaku dalam kehidupan kita.

Adakah anda bergelut dengan ketagihan? Ketagih media sosial, ketagih bermain telefon pintar?

Adakah anda hari ini bertelingkah dengan ibu bapa, guru, rakan?

Adakah anda hari ini masih mempunyai sikap malas untuk belajar?

Adakah anda hari ini masih gemar menunda kerja sekolah?

Adakah perasaan benci telah berakar dalam hidup anda? Mungkin hari ini adalah hari pertama anda mengambil langkah untuk mendamaikan hubungan itu.

Apakah perubahan yang diperlukan dalam hidup anda hari ini?

Apa hari pertama yang anda nantikan selama ini dalam hidup anda?

Selesaikan hari ini, saat ini sebelum terlambat. Bak kata peribahasa “Masa itu emas”.